Wednesday, March 18, 2009

Program Bimbingan Usahawan Muda(PBUM)

Program Bimbingan Usahawan Muda(PBUM) adalah salah satu Program Belia Niaga khusus untuk belia yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan. Belia yang berhasrat untuk memulakan perniagaan akan diberi bantuan insentif tidak melebihi RM 3,000 seorang dan umur kelayakan adalah 18 tahun hingga 40 tahun.

Kelayakan dan Syarat-Syarat 申请资格与条件

i)Warganegara Malaysia. 马来西亚国民

ii)Berumur antara 18 hingga 40 tahun. 开放给18岁至40岁的国民青年申请

iii)Ahli persatuan belia diberikan KEUTAMAAN 青年组织成员将获优选考虑

iv)Untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan secara sepenuh masa sahaja. Menjalankan perniagaan atau usaha tani secara sambilan tidak layak mendapat bantuan di bawah program ini.
只辅助全职从事商业或扩大生意版图者,半职者则不符合获得拨款的条件

v)Mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan yang diceburi.
在投身的职业中拥有相关的技能

Proses Permohonan 申请程序

i)Mengisi borang KBS/PPM 001-2006 pindaan 2/2009
 
ii)PBSD membuat melawat/ulasan
 
iii)Borang yang lengkap perlu dihantar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri
 
iv)Pegawai ekonomi membuat ulasan
 
v)Mesyuarat Jawatankuasa Program Bimbingan Usahawan Muda
 
vi)Jawatankuasa Program Bimbingan Usahawan Muda adalah terdiri daripada :-
 
Soalan-Soalan Lazim 


Soalan 1
Apa itu Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM)
 
Jawapan 1
Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM) ialah satu skim bantuan modal kepada usahawan-usahawan muda yang telah dan ingin memajukan diri dalam perniagaan.
  
Soalan 2
Siapa yang layak menerima bantuan di bawah skim ini?
 
Jawapan 2
Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun. Telah dan akan memulakan perniagaan.
 
Soalan 3
Berapa had bantuan?

Jawapan 3
Bantuan sebanyak RM3,000.00
 
Soalan 4
Bentuk bantuan yang macam mana?
 
Jawapan 4
Dalam bentuk barangan keperluan berdasarkan permohonan yang dikemukakan melalui borang KBS/PPM 001-2006 pindaan 2/2009 yang boleh dicetak melalui portal ini.
 
Soalan 5
Bagaimana nak dapatkan bantuan?
 
Jawapan 5
Isi borang permohonan dan kemukakan bersama sebutharga bagi pembelian barangan kepada Pejabat Belia dan Sukan daerah yang berhampiran dimana projek beroperasi.
 
Soalan 6
Bentuk perniagaan yang bagaimana yang diberikan bantuan?
 
Jawapan 6
Semua jenis perniagaan yang dibenarkan oleh undang-undang negara dan tidak menyalahi Syariat dan hukum Islam.
 
Soalan 7
Skim ini untuk bumiputra sahajakah?
 
Jawapan 7
Tidak. Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun.

4 comments:

  1. RM3k one-time or RM3k/year or RM3k/month?

    ReplyDelete
  2. 1. kalau saya tidak ada sijil kursus dan dalam borang bahagian II (pengesahan keahlian persatuan)macam mana,boleh tak?
    2. Dalam Bahagian IV nama projek dan alamat projek nak isi apa?

    ReplyDelete
  3. 我是kentji,请你给一个答复,谢谢。

    ReplyDelete